BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

MY FAVORITE SONG


Lyrics | Mizz Nina lyrics - What You Waiting For? lyrics
What You Waiting For- Mizz Nina ...

Saturday, August 29, 2009

KENAPA SUPERHERO LUAR NEGARA TIDAK MUNCUL DI MALAYSIA PART 3

Ok. Mari kita terus menyusuri bahagian ke-3 untuk entri separa bosan ini.

GHOST RIDER


Nama: Ada 3 watak yang pernah memegang watak Ghost Rider ni. Carter Slade, Johnny Blaze (bersara dari jadi Ghost Rider. Superhero pun boleh bersara?) dan Danny Ketch.

Kebolehan: Kekuatan superhuman, boleh mengawal api samada api biasa atau api dari neraka (ye la tu), boleh travel dari satu alam ke alam yang lain, rantai berapi dan lain-lain.

Kamu semua patut tahu yang Ghost Rider amat sinonim dengan motor berapinya itu. Jika Ghost Rider beraksi, mesti naik motor. Tanpa motor, Ghost Rider umpama Skuad Malaysia yang longlai di belasah oleh UAE 5-0 tanpa kapten nya, Shukor Adan (kalau dia ada, mampukah Malaysia menang? ...... NOT!!!!).Tpi naseb bek kalah ngan Man Utd 3-2 je.Tpi perlawanan ke-2,2-0 da kene belasah.Kite berbalik kpd cerita Ghost Rider.

Ghost Rider memang berkuasa di jalan raya di Amerika, tapi di Malaysia Ghost Rider terpaksa berdepan cabaran dari para Mat Rempit yang begitu ramai.

Sehebat-hebat Ghost Rider, Ghost Rider tetap tewas di tangan Mat Rempit kerana Ghost Rider tidak mampu membuat aksi-aksi berbahaya seperti Mat Rempit.

Antara aksi tersbut ialah aksi "Superman", aksi pacak, aksi wikang dan lain-lain lagi.

Selain itu, Ghost Rider juga jealous kerana tiada bohsia yang mahu naik motornya. Maklumlah, motor asyik berapi je, terbakar bontot bohsia yang naik motor dia.Kalaw ade pown pompuan yg ade taik lalat kt poster di atas ni.Tu pown dgr cite pompuan tersebut tlh meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melihat si Ghost Rider tidak memakai apa2 walaupun seurat benang ketika apinya tiba2 terpadam.

Dan yang penting sekali, Ghost Rider juga tidak mampu membuat video lucah yang dirakam menggunakan Telefon Bimbit yang berformat 3gp itu. Pegang je enset,ancor berkecai enset tersebot. Oleh kerana jealous Ghost Rider tak mahu ke Malaysia lagi.

THE FLASH

Nama: Ada beberapa orang pernah memegang watak sebagai The Flash: Jay Garrick (bersara. Superhero pun boleh bersara?), Barry Allen (mati pada tahun 1985 tapi hidup balik pada 2008), Wally West (pergi ke demensi yang lain tapi kembali semula ke dunia 2008), Bart Allen (mati jugak. Tapi hidup kembali sebagai Kid Flash).

Fakta Menarik: Kesemua Pemegang watak The Flash muncul dalam satu komik iaitu The Flash: Rebrith.

Kebolehan: Boleh bergerak dengan pantas (mungkin sama laju dengan kelajuan cahaya). Nama gelaran pun fastest man alive.

Kalau di Amerika, The Flash memang lelaki terpantas di sana. Tiada siapa berani mencabarnya. The Flash mampu mencilok ke sana-sini dengan kelajuan yang pantas. Tiada orang lain di Amerika yang mampu melawan kepantasan dan kebolehan mencilok itu.

Tapi tidak di Malaysia. The Flash perlu bersaing dengan Mat Despatch untuk gelaran terpantas dan hebat mencilok itu. Jika boss Mat Despatch berkata, "Kau kena hantar surat ni pada Syarikat XXX dalam masa 10 minit.." maka dengan sepantas kilat Mat Despatch menhantar surat tersebut.

Bukan setakat Mat Despatch sahaja, The Flash juga terpaksa bersaing dengan Mat Courier dan Mat Pizza. Banyak sangat pencabar, The Flash pun malas mahu ke sini.

CAPTAIN AMERICA

Captain America (Farriba) Pictures, Images and Photos

Nama: Steve Rogers. (ada orang lain pernah pegang watak ni tapi aku lupa dah).

Kebolehan: Kekuatan badan yang luar biasa, stamina yang tak pernah letih, mahir dalam semua seni bela diri, pakar taktikal dalam peperangan dan macam-macam lagi.

Kenapa Captain America tak muncul di Malaysia?

Mudah. Bukankah kita sedang menjalankan kempen memboikot produk dari Amerika? (walaupun kempen ini akhirnya menjadi satu lagi kempen hangat-hangat tahi ayam).

Jadi melihat kedatangannya tidak mendapat sambutan dari rakyat Malysia, baik dia chow je...

Fakta menarik: Kamu mesti tak tahu yang Captain America ni juga tidak berani muncul di UK.Ini kerana di UK sudah ade Captain Britain.Jadi takot dicop tamak,dier pown blah dri UK.

Ha... Satu lgi,Captain America pown takot dicop tamak kerana di Malaysia da ada Kapten Boleh.

Siap boleh bawak kereta lagi. Kelas gitu...

Bersambung....... INSYA'ALLAH.

KENAPA SUPERHERO LUAR NEGARA TIDAK MUNCUL DI MALAYSIA PART 2

IRONMAN


Nama: Tony Stark
Kerja: Pemilik Stark Industries, mencipta senjata dan lain-lain.
Tempat kerja: Stark Industries la… Tak kan kat kedai My Mom Chicken Rice Linda Onn pulak.
Kebolehan: Baju besi yang mampu membuatkan dirinya jadi kuat, boleh terbang, ada senjata yang boleh menembak pada suit besi itu, dan lain-lain.

Kenapa tidak muncul di Malaysia?

Seperti yang kamu tahu (kalau tak tahu, kamu Berjaya menambah pengetahuan dengan hanya membaca blog sampah ini), Ironman hanyalah orang biasa. Dia menjadi superhero dengan memakai baju besi yang sangat canggih dan sophisticated itu. Tanpa baju itu, dia hanyalah sampah (haha..). Kira macam Batman lah, superhero tanpa kuasa.
Ironman sebenarnya pernah kejap muncul di Malaysia, tetapi kemudian balik ke USA kerana ketakutan.

Apa yang dia takutkan?

Ironman takut kepada si pemungut besi buruk yang makin berleluasa di Malaysia. Kerja mereka ialah mengutip besi-besi buruk dan dijual di pusat kitar semula atau pembeli besi buruk untuk menyara hidup.
Kadang-kadang, ada pengutip besi yang lebih extreme sikit. Bukut setakat besi buruk, besi tak buruk pun dia sebat dan jual. Janji dapat duit. Sampaikan penutup saliran pembentung yang ada di tengah jalan (yang bulat tu) pun mereka ambil dan jual.
Di taman aku, ada yang lebih handal. Ada 3 buah rumah yang hilang pintu pagar besinya. Di percayai pagar mereka di potong, di curi dan mungkin sudah selamat di jual di pusat pembelian besi buruk (tak tipu ni).
Bayangkan, pintu pagar pun diorang rembat. Kerana Ironman takut melihat ketaksuban rakyat Malaysia pada besi, Ironman tidak berani stay dekat sini kerana dikhuatiri baju besinya itu juga akan terjual sebagai besi buruk.




DAREDEVIL


Nama: Matt Murdock
Kerja: Peguam

Daredevil ialah superhero yang buta. Ya!! Tak Nampak apa-apa. Dia buta. Sebagai superhero buta, dia menjadi salah satu superhero yang paling istimewa. Ialah, kalau ada orang kurang sempurna di kalangan kita, kita panggil insane istimewa. Jadi di kalangan superjero, Daredevil ni di kira sebagai superhero istimewalah.

Kenapa tidak muncul di Malaysia?

Daredevil takut untuk bertapak di Malaysia kerana dia sering ternampak orang buta di Malaysia bermain muzik di jalanan seperti di Central Market, Puduraya, Jalan Masjid India atau di pasar-pasar malam sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Oleh kerana kerajaan Malaysia dan syarikat-syarikat di Malaysia tidak prihatin kepada golongan OKU ini, (walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelulusan diploma dan universiti), tapi mereka tidak diberikan peluang berkerja dan akhirnya terpaksa mencari rezeki dengan bermain muzik di jalanan (pernah terpapar di Edisi Siasat).
Kerana melihat nasib golongan OKU tidak terbela di Malaysia, jadi Daredevil amat takut kalau-kalau nasib dia akan menjadi sedemikian rupa, bermain muzik dijalanan. Adalah mustahil Daredevil mampu menjadi peguam jika pihak kerajaan tidak mengendahkan nasib golongan OKU ini (jadi serius la pulak).




ICEMAN


Nama: Bobby Drake
Kerja: Pelajar di Xavier Institution.
Kuasa: Mampu memanupulasikan ais, menjadikan air kepada ais tapi tidak mampu membuat ais kacang atau ABC sesedap Mak Cik Wok di Sg. Marong,Bentong.

Kenapa tidak muncul di Malaysia?

Mudah sahaja. Patut kamu juga sudah tahu sebabnya. Cuaca Malaysia amat panas sekarang kerana kesan daripada Pemanasan Global.
Aku duduk Bentong ni, rasa panas gila. Bila pergi ke Tanjung Malim, lagi panas. Pergi Bukit Kayu Hitam,Perlis bertambah panas. Balik umah pak ngah aku kat Taiping,Perak rasa macam kena panggang dalam oven. Oh, rupanya makin ke utara makin panas ke?
So, kamu tahukan apa sebabnya? Kerana terlampau panas, agak sukar Iceman nak bertahan di bumi Malaysia. Para penjahat pun tahu macam mana mahu menewaskan dia, lawan dia pada waktu tengahari. Sure cair punya. Iceman pasti tidak mahu menjadi sebahagian dari lopak air atau lecak di tengah jalan.

Ok, tunggu bahagian 3 pulak.INSYA'ALLAH.Superheronya ialah CAPTAIN AMERICA,THE FLASH,GHOST RIDER.

KENAPA SUPERHERO LUAR NEGARA TIDAK MUNCUL DI MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.SORI R DA LME X UPGRADE BLOG NI.SKUNK NAK UPGRADE LA NI.PADA BULAN PUASA NI,AKU NK MEMBERITAHU KORUNK MENGAPA SUPERHERO LUAR NEGARA SKANG TAKOT NK MASOK MALAYSIA.PERHATIAN !!!!!!! INI FAKTA YG TEPAT.


SUPERMAN






Nama sebenar: Clark Kent (bumi), Kal-El (Planet Kripton)


Asal: Smallville dan Planet Kripton.


Pasangan: Lana Lang dan lepas tu Louise Lane.


Kerja: Wartawan. Bukan Wartawan hiburan jadi dia tidak kenal Zubir, Huzza tau Mama Juwie.


Tempat Kerja: Daily Planet


Kuasa: Boleh Terbang, Kuat mengalahkan Badang, Kebal dan tidak lut pada sebarang senjata atau api, ada x-ray vision, boleh dengar panggilan orang dari jauh… Banyak kuasa mamat ni. Tapi sayang… Rabun la pulak.


Kelemahan: Lemah pada batu Kriptonyte.


Kenapa tidak muncul di Malaysia?


Antara sebab pertama ialah beliau sebenarnya ada meminta kerja di syarikat akhbar tempatan seperti NSTP dan Kumpulan Utusan tetapi menolak kerana di letakan di bahagian hiburan.


Sebab kedua ialah pakaian beliau. Seperti yang kita maklum, Superman memakai seluar dalam di luar. Memandangkan perbuatan tersebut tidak manis pada kita yang beradat ketimuran, superman tidak mahu dipulaukan atau dikutuk kerana penampilannya. Juga takut disumbat kedalam Hospital tampoi atau Tanjung rambutan kerana di Malaysia, hanya orang gila pakai seluar dalam di luar.


Ketiga, kadang-kadang Superman ni suka salin baju dalam pondok telefon. Tapi, kat Malaysia ni mana ada pondok telefon. Public Phone pun habis di jahanamkan akibat vandalism.


Keempat, kerana ternampak tugu ini di Dataran Penggaram Batu Pahat dan beranggapan itu ialah Batu Kryptonyte.Dipercayai Superman amat takut dengan ukiran batu ini kerana menyangka ia Kryptonyte.





BATMAN




Nama: Bruce Wayne

Asal: Gotham City

Pasangan: Tak pasti. Tapi rasanya dia kahwin dengan Catwoman dan dapat anak yang bernama Batwoman.

Kerja: Pemilik Syarikat Wayne Enterprise. Antara Superhero yang kaya ni.

Tempat Kerja: Wayne Ent.

Kuasa: Tak de. Berharap pada gadget-gadget yang canggih tapi effektif. Batmobille adalah kegemarannya.

Partner: Robin. Pernah timbul kontroversi di USA yang kononnya Batman dan Robin ialah gay (tak tipu ni).

Kenapa tidak muncul di Malaysia?

Seperti yang kamu tahu atau perasan (atau mungkin tak perasan. Tak pe, aku beritahu ni), yang Batman hanya keluar pada waktu malam. Di Gotham City, Batman Berjaya menguasai bnadar tersebut pada waktu malam dan boleh sesuka hati beliau nak bawa kereta laju-laju di sana.Tapi tidak di Malaysia. Di Malaysia, jalan raya kita di kuasai oleh mat rempit bodoh, bohsia murahan, mat drift dan brader drag. Mereka dah chop kawasan mereka sendiri dan Batman dah tak de port lagi nak membawa kereta beliau laju-laju. Tu tak masuk mak nyah longkang dan pelacur jalanan pulak tu. Dan juga gay boy di Blue Boy.

SPIDERMAN




Nama: Peter Parker

Asal: New York

Pasangan: Gwen Stacy (awek first sebelum Marie Jane. Tidak wujud dalam filem, hanya ada dalam komik. Dah mati di bunuh Green Goblin), Marie Jane Watson (MJ), Felicia Hardy atau Black Cat (awek Spiderman. Reject Spiderman sebab hanya suka pada Spiderman apabila dia pakai kostum sahaja. Tapi akhirnya jatuh cinta tapi melepas pada MJ).

Kerja: wartawan… ke jurukamera?

Tempat Kerja: Daily Bugle

Kuasa: Boleh melekat di dinding, boleh keluar sarang labah-labah pada tangan, kekuatan badan yang kuat, boleh sembuh dari sebarang virus, ada spider sense yang boleh tahu ada bahaya akan muncul



Kenapa tidak muncul di Malaysia?



Mudah sahaja. Kalau dekat New York tu, boleh dikatakan semua bangunan yang ada disana semuanya tinggi-tinggi belaka. Jadi tiada masalah untuk beliau bergayut.Kalau dekat Malaysia, banyak ke bangunan yang tinggi-tinggi? Kalau dekat KL pun, bangunan yang tinggi-tinggi semuanya berjauhan jaraknya. Susah sikit nak bergayut. Kalau Spiderman duduk Bentong lagi susah kerana cuma ada satu sahaja bangunan yang tinggi di sini.Hotel Kristal.Tu pown da kire rendah sgt.Kalaw nak gayut gak,g Genting Highland,Bentong.

Okey r,da penat.Aku akan sambong lgi.Superhero akan dtg ialah IRONMAN,DAREDEVIL dan ICEMAN. Salam sejahtera.

Wednesday, July 22, 2009

LAWAK BEB,BOLEH TERPUTUS URAT KENTUT TERGELAK KALAW BACA NI

80 % daripada lawak ini adalah lawak ciptaan aku sendiri,dan 20 % adalah copy,idea2 ni semua aku dpt secare spontan. So,bacalah dgn sopan dan santun,dgn hati terbuka,kerana lawak bukan la untuk org yang hatinya tertutup ............



LAWAK 1

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas"Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu."kenapa awak diam tadi? kesian dia..."Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........"(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak



LAWAK 2

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak duatiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang . Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)



LAWAK 3

Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak:"Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: "Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"Thank you



LAWAK 4

SEORANG pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya pada penjaga bilik berkenaan.
POLIS : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
PENJAGA : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba di serang strok. Lelaki kedua pula khabar nya menang loteri dan mati di serang sakit jantung, manakala yang ketiga di sambar petir.
POLIS : Ha.....kenapa disambar petir pun tersenyum?
PENJAGA : Masa itu dia ingat orang sedang ambil gambarnya



LAWAK 5

Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin. "Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu, berapa ekorkah yang tinggal?". Amin menjawab "Tidak ada yang tinggal cikgu". "Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas guru tersebut.Amin kemudian berkata "Boleh saya tanya cikgu pulak?". Cikgu tadi mengangguk setuju. "Tiga orang wanita makan ais kerim, wanita pertama menjilat bahagian atas aiskerim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?" Gurunya dengan teragak-agak menjawab "Wanita kedua!"."Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.



LAWAK 6

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.
Gadis : " I'm sorry "
Pelancong : " I'm sorry, too "
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis : " I'm sorry. three "
Pelancong : " What are you sorry for? "
Gadis : " I'm sorry, five "
Pelancong : "Are you sick ??? "
Gadis : " I'm sorry,seven "
Pelancong : Ok,so,i'm sorry,eight .........
Gadis itu gembira kerana dpt melayan pelancong dgn berbahasa Inggeris walaupun gred BI nye di sekolah adalah Z- ...............



LAWAK 7

Satu hari, Atan dan Mael pergi berburu dipinggir hutan.Malangnya belum sempat dapat habuan,Maelditerkam pak belang.Atan yg terkenal kerana kelam kabutnya terus berlari ke balai polis
Atan: sss...sssee...selamat pagi tuan..
Polis:selamat pagi..apa hal tercungap2 ni.
Atan:ssa...saayyaa nak buat report tuan..
Polis:report pasal apa?
Atan:pasal kawan saya dibaham harimau
Polis:ha! dibaham harimau? pukul berapa?
Atan:tak..dia tak dipukul..dia diterkam..
Polis:habis..?
Atan:tak habis tuan,tinggal kepala...



LAWAK 8

Antara loghat utaradgn loghat pantai timur,yg mana lebih munasabah?jawapannya loghat pantai timur..cuba perhatikan dialog dibawah..

bahasa malaysia standard:"dia pergi ke rumah jiranutk mencari emaknya tetapi emaknya tiada disitu.."

loghat utara:"dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia,pi pi mak dia takdak.."

loghat pantai timur:"dio gi ghumoh jire dio nak caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok"

kesimpulan: tak mungkin pipi maknya tiada, tetapi kalau gigi emaknya tiada, mmg munasabah hehehe..



LAWAK 9

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...
Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang.... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulanselepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anakmereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman...
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!



LAWAK 10

Ada seorang pemuda ke kedai mamak dan dia hanya ada 70 sen semasa itu. Kemudian pemuda itu bertanyakan kepada mamak berapa harga teh tarik panas dan sejuk.Lalu mamak menjawab"Panas 70 sen" dan "Sejuk RM 1.20".Pemuda meminta satu teh panas. Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum tanpa berlengah-lengah lagi. Mamak bertanya lagi kepada pemuda itu kenapa minum begitu cepat. Pemuda itu pun menjawab "kalau saya tunggu lama-lama nanti sejuk tak pasal-pasal saya kena bayar RM 1.20". Mamak tu pun tercenggang-cengang..honkhonkhonkkkk



LAWAK 11

Seorang lelaki dengan tergesa2 telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelakiitu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk persembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera! di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."



LAWAK 12

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang....
Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni..
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.
Mak Andih: GiLo !!!!!!!!



LAWAK 13

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank.. Dia sangat marah kalu ada orangyang mempersoalkan tentang telinga.Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tigaorang disenaraipendek untuk sesi temuduga.
Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhirtemuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina denganjawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertamatadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya padacalon pertama."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkantuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapandari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.
Calon terakhiradalah yang terbaik, walaupun masih muda diatelah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan danbergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh."Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh!Huargh! Huargh! Huargh!"



LAWAK 14

Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"
Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor , datuk aku mati pada masa tu".
Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?"
Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina , Burma , Vietnam , semua sama aje!"
Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.
"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.
"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.
"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.
"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!" jawab Cina dgn bengang ......

Wednesday, July 15, 2009

SELAMATKAN BUMI PALESTINE

INIKAH YANG ANDA SEMUA MAHUKAN ???????






PENYEKSAAN TERHADAP KANAK-KANAK YANG TIDAK BERDOSA ..........










PENYEKSAAN TERHADAP UMAT ISLAM DI PALESTINE ............








OLEH ITU,BOIKOTLAH ISRAEL DAN BARANGAN KELUARANNYA, ADAKAH SUMBANGAN ANDA ADALAH SEBUTIR PELURU UNTUK ISRAEL MENYEKSA UMAT ISLAM DI PALESTINE ????????



Wednesday, May 27, 2009

Alahai,nenek ..........

Satu hari di sebuah bilik mayat

Ahmad : Kesian atuk,knape atuk tinggalkan kite,nek ?
Nenek : Tuhan lebeh menyayanginya .
Ahmad : Knape muka atuk berpeluh nek ? (Selepas petugas hospital mengeluarkan mayat dri peti sejuk)
Nenek : Biasalah tu,atuk kamu tu baru pertama kali mati,sbb tu dier frust.daa byk kali mampus nnti biaselah dier tu.
Ahmad : ????????

Sunday, April 5, 2009

Yahooo,Manchester menang !!!!!

manchester united Pictures, Images and Photos

Manchester United Pictures, Images and Photos

Gua x sangka Manchester United menang kali ini slepas 2 minggu berturut-turut kalah. Membelasah Aston Villa 3-2. Pergh,Ronaldo skor 2 gol (minit ke-13 n minit ke-81),Macheda skor satu gol (minit ke-93). Ni aku bru lepas tgk ni. Gembira btol aku. Nak menangis daa. Haha

XINOXION BAND

NI AKU SJE JE MENGARUT NI,HAHA.



Dari kiri ke kanan : Firhadis,Azman,Syamim,Hakim,Hasnain,Fitri.



Dari kiri ke kanan : Firhadis,Azman,Syamim,Hakim,Hasnain,Fitri.



Dari kepala atas ke kepala bawah : Hasnain,Fitri (Buka Baju),Azman,Firhadis,Syamim,Hakim



Dari kepala atas ke kepala bawah : Hasnain,Azman,Fitri,Firhadis,Syamim (Kiri),Hakim (Kanan)



Dari kiri ke kanan : Firhadis,Hasnain,Syamim,Hakim,Fitri

Sunday, March 15, 2009

Angkuh Sangat

Satu hari berlakulah bertengkaran yang hebat disebuah reban kambing dan sebuah reban ayam.. pertelingkahan tu menyebabkan satu kampong heboh... beginilah kisahnya.

Kambing : Apalah kau ni ayam... Baju ada tapi berkaki ayam tak malu ke... . kah kah kah
Ayam : Kau tu dah baju jarang nampak kemaluan ... lagi malu pa. kah kah kah

Ayam : Daging aku lazat.. enak sehingga menjilat jari..
Kambing : Lazat pun bukan boleh buat korban...

Kambing : Apalah kau ni bertelur sebiji riuh sekampong
Ayam : Aku bertelur setiap hari... kau tu beranak setahun sekali.. hebat apakebendanya. Kambing : Aku hebat... .. yahoooo
Ayam : Aku hebat ... . yahoooo

Perbualan mereka yang riuh menyebabkan tuan rumah terjaga lalu keluar melihat apa pasal yang riuh... tuan rumah lalu keluar dan mengambil pisau terus menyembelih kedua dua binatang tu sambil berkata... .. Ha... . sekarang sapa yang hebat..!!!

Pagar Tinggi

Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi. Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.

Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka kelauar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?". Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya".

50 Sen

Pada suatu hari Jumaat yang hening Amat naik bas ke masjid untukmenunaikan sembahyang Jumaat.Mak Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balikmemandangkan Amat dah pun makan tengahari di rumah, adapun perjalanan kemasjid itu 10 km jauhnya.

Amat pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu,lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50sen sekeping. Amat pun ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.

Sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf keduamemandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya.

Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat.

Amat pun menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaah rukuktermasuk Amat sekali... tiba-tiba duit 50 sen nya jatuh dan tergolekbetul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risaubila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas-panas terik tu..amat punberbisik kepada orang dihadapannya...

Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti... "lalu orang itupun menjawab...

Alah,setakat 50 sen aku tak heran la, tak der sape nak ambik duit kautu".Lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap didalam sembahyang pun berkata... "

eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap"Selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara"

Yang kau bercakap tu aper ?"... .

sahlah... sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.

Mudah Sangat Buruk Sangka

Alkisah diceritakan kat sebuah kampung, ada seorang mamat ni, namanya Poyoo Ulam Penggaga. Dia ni kaya-raya...jutawan gitu... rumah sewa... ladang-ladang... estet-estet... macam-macam laa dia ada.. Adik-beradik Ismet Ulam Raja.... Dia ni tak pernah duduk kat hotel... Entah macam mana, dia ni teringin sangat nak duduk kat hotel 5 bintang.... Apa lagi, diapun bersiaplah untuk pergi ke Kuala Lumpur.. Tempahan telah pun dibuat, 7 hari 7 malam gitu.....

Dipendekkan cerita, maka tibalah masanya yang ditunggu-tunggukan oleh Poyoo Ulam Penggaga ni nak merasa tinggal kat hotel 5 bintang. Sampai di KL dia terus ke hotel dan membayar tempahan sekaligus... Dia telah diberikan layanan istimewa dan ditempatkan ditingkat 8...

Dia telah dibantu oleh seorang pekerja hotel tu untuk menolongnya mengangkat beg-beg untuk kebilik (7 hari mestilah banyak yang dibawanya...) Dengan tak semena-mena Poyoo Ulam Penggaga pun marah lah kat pembantu hotel tu .....

Poyoo Ulam Penggaga: Apa ni, saya bayar punyalah mahal, dapat bilik kecik nak mampus, bilik air pun takde, katil pun takde, macammana hotel ni boleh dapat anugerah 5 bintang... kemarahannya ditujukan ke arah pembantu hotel tu.Dengan segeranya pembantu itu menjawab....
Pembantu Hotel: Tuan, kita ni baru berada dalam lif......
Poyoo Ulam Penggaga: ...................

Orang Kampung

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall...Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung... Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia...."

Pak, itu amenda pak?"
Bapak menjawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...."

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!!keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN...

lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah..."NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT

Pak Pandir dan Ikan Keli

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...



Mak Andih : Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.

Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?

Mak Andih : Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.

Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.

Mak Andih: ???

Kerana Cemas

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.



Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

Jururawat: "Erkkk..."

Nendaku

Chep(Nama samaran) bagitau tunang dier Lara Croft(Juga nama samaran) teringin nak jumpa nenda Lara. Satu hari, Lara berkesempatan memperkenalkan Chep kepada nendanya. Sambil duduk menunggu, Chep mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenda Lara keluar lalu Chep bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenda Lara berkata, "Takpe, Lara memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."

Malu Sesangat

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

Motor vs. Khalwat

Sepuluh Sebab Cuci Motor Adalah Lebih Baik Dari Berkhalwat.

  1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.
  2. Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.
  3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.
  4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.
  5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.
  6. Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.
  7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.
  8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.
  9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.
  10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.

Paling Tua

Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....

Bangla dan Rakan-Rakan

Bangla dan rakannya sedang berbual
Bangla : Esok saya nak balik bangladesh, isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!Rakan : ?????

Tanya

Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.

Asli vs. Zorro vs. Robin Hood

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood.Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik. Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut.
Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal diatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit…

“I AM ZORRO…..”

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu.
Dengan jobonye jugak…. si Robin Hood kata….

” I AM ROBIN HOOD…………”

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu. Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak.
ZZZZUUUUUPPPPP………….!!!! PPRRAAPP.
Kena kepala pompuan tu dan mati.Dengan selamba orang asli tu kata…….

……”I AM SORRY….!!”

Salah Tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yangbegitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanyaminuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hariitu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupandan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing inikedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan sayamasukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akanmasukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.

"Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineralitu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arakmenggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgutunjukkan sebentar tadi??

"Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Bodoh Tak Boleh Diajar

Di suatu pagi yg menyinar..di warung kopi,terdapat seorang penduduk org asli yg ingin minum pagi di warung tersebut. apabila tuan warung ingin mengambil order..bertanyalah org asli ini.."berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk"...jawab tuan warung.."teh panas RM0.70 ,teh sejuk RM 1.20..."..maka org asli tersebut meminta teh panas..apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai habis....pelik tuan warung melihatnya....lalu beliau bertanya.."kenapa kamu minum terlalu cepat..tak rase panas ke..??"jawab si org asli tersebut.."emm..mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20..saya ada Rm 0.70 je.."..tuan warung pun tersengih...

Tak Pasal-Pasal

Ada Empat Orang Tengah Tunggu Lif. Sorang Tu Doktor, Sorang Lagi Tu Engineer, Yang Ketiga Tu Peguam Dan Yang Last Sekali TokImam.Tengah-Tengah Boring Dok Tunggu Lif Tuh, Datang Le Sorang Awek CunYang Teramat-Amatlah Seksi.

Bila Lif Sampai Semua Orang Pun Naik Le. Dalam Masa Lif Tu Nak Naik Ke Atas, Tiba-Tiba Elektrik Terputus. Lif Tu Pun Berhentilah DenganTiba-Tiba Dalam Keadaan Gelap Gelita. Dalam Black Out Tu, Mulalah AdaSalah Sorang Dari Melaun Tu Gatal Pulak Nak Buat Kurang Ajar DenganPompuan Seksi Tu. Puas Dia Dok Meraba Pompuan Tu Dalam Gelap!

Tiba-Tiba, Elektrik Dah Okay Balik. Pompuan Tu Pun Tengok Kat SiEngineer, Lepas Tu Kat Si Doktor, Ketiga Kat Si Peguam. Last Sekali KatTok Imam. Dengan Geramnya Minah Tu Bagi Si Tok Imam Satu Penampar JepunYang Teramatlah Kuat."Heiii, Tua-Tua Bangka Pun Ada Hati Nak Meraba LagiTu !!!"Jerit Si Pompuan Seksi Sambil Menunjuk Bijik Penumbuknya Kat Muka Tok Imam Tu..
Soalan : Ngapa Pompuan Tu Sure Gila Tok Imam Tu Yang Buat Dajal?

Kerana???. Tok Imam Tu Sorang Je Laki!!kesian....x ker naya.......

Kesah Lawak Akowh

Kesah 1

Ada sorang makcik kelantan nih, dia mai HKL nak carik sedara dia eksiden.
Sampai kat HKL dia tanya la sorang nurse kat situ… dalam loghat kelantan la
“nak tupe tanyo, mana dio wad kecemase”
Nurse tu selamba jer jawab… .
“wad kencing masam takde… .wad kencing manis ader la”… .

Kesah 2

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospitalternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka
Perkara ini sangat membingungkan para doktor… Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut… Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya… beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur… Beberapadok! tor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..
Masa berputar… pukul 08:00am.. 08:30am sehinggajam 9.00 am… tiba-tiba… … Pintu bilik ICU itu terbuka… .Kemudian masuklah Makcik Bedah… . Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..
Masuk… mendekati katil keramat tersebut… dan terus mencabut… . soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya…

Kesah 3

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.
Lelaki tua : “Siapa disini yang ada burung?” Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah “bukan itu maksud saya”. Lalu di ajukan soalan yang lain… … . “maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?”
Maka seluruh penduduk wanita berdiri. kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung, “maaf, bukan itu maksud saya”. Sekali lagi dia cuba bertanya, “maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya”? Separuh penduduk wan! ita berdiri.
Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi, “maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan sa ya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?”
Lalu, Isteri lelaki itu pun pun berdiri… .

Kisah Kasih Suami Kepada Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telahmeninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan olehjiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari duaminggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatanberanggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangatcintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak adasiapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnyasebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliautelah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehinggarumput di kuburnya tumbuh dahulu."" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Murid-Murid Pandai Tingkatan 2 RK Dedikasi SMK Sulaiman

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid-murid: (senyap)

Cikgu : Pandai !

Murid-murid: Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid-murid: Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid-murid: Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid-murid: UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid-murid: Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid-murid: Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid-murid: Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid-murid: Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid-murid: Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid-murid: Elok!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid-murid: Kami sedikit dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan dating lagi.....

Friday, March 13, 2009

Hadiah Ingatan Daripada Rasulullah S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini.
Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri). Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).
Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.
Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam
Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.
Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.
Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.
Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).
Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan solat pada malam Mi’raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.
Izin suami penting untuk puasa enam
Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunnat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.
Apatah lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur syar’ie, dia digalakkan untuk mengqada’nya pada bulan Syawal diniatkan untuk qada’ puasa di samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama, insya-Allah dengan cara itu dia tidak akan terlepas untuk mendapatkan pahala setahun berpuasa.
Bagaimana dengan sikap kita terhadap baginda Rasulullah?
Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.
Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran Muhammad s.a.w.
Benarkah kita mengingati Nabi ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyingung peribadi atau ajaran baginda.Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh baginda menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.

Surah Al-Maidah Buka Jalan PengIslaman

Al-Maidah buka jalan pengislaman
Susunan ZUARIDA MOHYIN

Membaca al-Quran mampu melembutkan hati pembaca seterusnya mendapat hidayah Allah.

DIBESARKAN dalam keluarga yang beragama Kristian, Hayat Anne Collins
Osman mengakui bahawa orang Amerika 20 tahun dulu, jauh lebih beragama
berbanding sekarang. Ini kerana, masih ramai pergi gereja pada setiap
Ahad.

Malah kata Anne, ibu bapanya turut aktif dengan komuniti gereja.
Mereka selalu menjemput paderi berkunjung ke rumah serta ibu mengajar
di sekolah Ahad dan dia selalu membantu ibu.

Boleh dikatakan Anne adalah antara kanak-kanak yang dikategorikan
kuat pegangan agamanya berbanding anak ahli komuniti yang lain,
walaupun Anne tidak merasai sedemikian.

Pernah sewaktu sambutan hari lahirnya, Anne menerima hadiah kitab
Injil manakala kakaknya menerima anak patung. Anne juga pernah meminta
ibunya buku-buku sembahyang dan mula mentelaah buku tersebut bertahun
lamanya.

Tambah Anne, semasa di sekolah menengah rendah (kelas pertengahan) ,
dia mengikuti program pengajian kitab Injil selama dua tahun.
Sehinggakan pada satu peringkat, dia ada terbaca satu bab di dalam
kitab tersebut yang tidak begitu difahami.

Semakin dia mendalami kitab Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, lebih banyak yang aneh dan tidak dapat diterangkan muncul.

Contohnya, kitab Injil mengajar akan idea yang dipanggil Dosa Azali.
Yang membawa maksud, manusia itu dilahirkan dengan dosa. "Saya
mempunyai adik lelaki dan saya tahu bayi (adik lelaki) itu tidak
berdosa," getus hati kecil Anne mula mempersoalkan pengajaran dalam
agama anutannya itu.

Yang pastinya, kata Anne, kitab Injil itu banyak yang pelik dan
cukup menganggu atau menolak fitrah manusia itu sendiri. Alhamdulillah,
pada masa itu ada seorang pelajar lelaki yang tidak putus-putus
bertanya soalan. Malah persoalan yang paling kritikal ialah konsep Trinity. Ia langsung tidak dapat diterima akal dan yang paling mengarut, apabila tuhan itu menyamai manusia.

Walaupun banyak penjelasan yang diberikan berkaitan konsep Trinity
namun jawapan yang diberikan masih tidak memuaskan hati pelajar lelaki
itu. Begitu juga dengan Anne. Akhirnya, guru mereka, seorang profesor
teologi Universiti Michigan menyuruhnya berdoa memohon petunjuk Tuhan.
Anne pun berdoa.

Semasa di sekolah menengah, secara diam-diam Anne menyimpan
cita-cita menjadi biarawati. Apabila berada di kolej, sesetengah
pelajar kerap bertelagah tentang agama dan dia mula mendengar pelbagai
idea. Malah beliau mula belajar tentang agama Buddha, Konfucius dan
Hindu. Sayangnya, jawapannya tidak ada di situ.

Pada masa yang sama, Anne berkenalan dengan seorang Muslim dari
Libya. Dia menceritakan tentang agama Islam dan kitab al-Quran mereka.
Katanya, Islam adalah agama yang moden, agama yang tidak ketinggalan
zaman.

Memandangkan pemahaman Anne tentang Islam tertumpu pada orang Islam
di Afrika dan Asia Barat yang nampak terkebelakang, lantas Anne
bulat-bulan menolak agama Islam itu.
Pernah semasa Anne sekeluarga menyambut Hari Natal, keluarganya
membawa pemuda dari Libya tadi untuk meraikan acara sambutan di gereja.

Sayangnya, pemuda itu cuba membangkitkan persoalan seolah-olah
memperkecilkan agama Kristian dan telah membangkitkan kemarahan Anne
pada awalnya. Tetapi kemudian, Anne mula berfikir mengenai kebenaran di
sebalik soalan itu tadi.

Anne mengakui sungguhpun dia kurang bersetuju dengan beberapa ajaran
agama Kristian tetapi dia tetap mengunjungi gereja, walaupun jiwanya
tidak berada di situ.

Sesuatu yang mengejutkan berlaku, bila seorang yang rapat dengannya
mengalami masalah serius dalam perkahwinannya dan telah pergi berjumpa
dengan pembantu paderi untuk meminta nasihat.

Pembantu paderi itu rupa-rupanya telah mengambil kesempatan di atas
keperitan dan kesugulan wanita tadi, dengan membawanya ke motel lalu
cuba menggodanya.
Pada peringkat ini, Anne sudah tidak dapat menerima bagaimana orang
yang bertanggungjawab besar mendengar rintihan, sanggup mencabuli
kepercayaan pengikut yang setia.

Anne pergi ke gereja sekali lagi, duduk dan memandang tepat wajah
paderi di situ. Di fikirannya berputar-putar beberapa persoalan. Kenapa
perlu orang tengah atau perantara? Mengapa kita tidak boleh berhubung
secara terus dengan Tuhan? atau mohon pengampunan sendiri?

Tidak lama kemudian, Anne menemui jawapannya menerusi terjemahan
al-Quran di sebuah kedai buku. Lantas, dia membelinya dan mula
membacanya berkali-kali selama lapan tahun. Pada masa yang sama membuat
perbandingan dengan agama lain.
Orang Yahudi

Akhirnya, surah al-Maidah ayat 82 hingga 84 yang bermaksud: Sesungguhnya
kami dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap
orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang
musyrik.... ... Mengapa kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada
kebenaran yang datang kepada kami, padahal kami sangat ingin agar tuhan
kami memasukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang soleh?" merungkai persoalan yang dicari selama ini.

Apa lagi bila melihat umat Islam bersolat jemaah yang ditayangkan di
kaca televisyen dan mengetahui bahawa mereka mempunyai cara solat unik
dan sudah pasati ia bukan ciptaan manusia tetapi ia daripada Allah SWT.

Malah menerusi surah yang sama ayat kelima yang bermaksud: ... Pada
hari itu aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu, dan Aku telah
cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama
bagimu..."

Air mata Anne berderai tanpa henti menanda kegembiraan dan
kesyukuran. Allah mengetahui bahawa Anne Collins dari Cheektowaga, New
York, Amerika Syarikat akan membaca ayat dari surah di atas pada Mei
1986 dan kemudian diselamatkan.

Kini, beliau sedar bahawa banyak yang perlu dipelajari terutamanya
bagaimana menyempurnakan solat yang betul. Masalah beliau pada ketika
itu ialah ketiadaan kenalan Muslim.

Anne buntu dan dia pernah mencari nombor telefon persatuan Islam
menerusi buku panduan telefon tapi bila cuba dihubungi, suara lelaki
yang menyambutnya membuatkan Anne terkejut lalu memutuskan talian
tersebut.

Akhirnya, dia menemui kaedah yang sesuai iaitu dengan menulis
sepucuk surat bertanyakan beberapa maklumat. Ada seorang hamba Allah
lelaki dari masjid itu yang menghubungi Anne dan kemudian mengirimnya
risalah-risalah berkaitan Islam.

Dari sehari ke sehari, Anne semakin teruja dengan Islam sehingga dia
memikirkannya siang dan malam. Anne pernah beberapa kali melintasi
masjid berdekatan hanya untuk mengetahui apa yang mereka lakukan di
sana.

Akhirnya, pada awal November 1986 sewaktu sedang asyik menyiapkan
kerja di dapur, Anne dapat merasakan yang dirinya sudah Islam.

Masih dengan sifat penakut, Anne menulis surat yang berbunyi: "Aku
bersaksi bahawa tiada tuhan disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah".

Rasulullah S.A.W adalah manusia yang ;-

Adalah Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadhirat Allah SWT agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan budi pekerti/akhlak. Antara doa baginda yang bermaksud :-

Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan akhlakku

Maka Allah SWT menganugerahkan baginda Al-Qur'anul Kariem yang mengandungi pengajaran mengenai adab dan kesopanan. Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah SAW dengan Al-Quran (Riwayat Muslim Saad Hisham)

Mafhum Firman Allah SWT:-

Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi
(Surah Al-Qalam : 4)

Rasulullah SAW adalah manusia yang :-

* paling penyabar, paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
* Tiada sekali-kali tangan baginda menyetuh tangan wanita yang tidak dimilikinya selaku sahaya atau ikatan perkahwinan atau wanita itu muhrimnya.
* Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait dan sahabatnya.
* Adalah baginda manusia yang pemurah hati, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya, makanannya hanyalah tamar dan syair. Selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
* Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
* Sangat pemalu tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
* Suka memperkenankan undangan sahaya dan orang merdeka
* Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab dan membalas hadiah berkenaan.
* Tidak memakan harta sedekah
* Tidak sombong
* Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
* Tidak pernah meminta pertolongan orang musrik
* Suka berpuasa mengikat batu pada perutnya apabila lapar jika makan tidak pernah kenyang
* Paling beradab dalam makan Antaranya - makan tanpa bersandar dan tanpa meja saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
* Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
* Tawaddhak dan Tenang
* Tidak terganggu dengan urusan dunia
* Menyukai jubah bulu/syamlah
* Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
* Mengunjungi orang sakit
* Berkenderaan kaldai dan unta
* Menyukai bau-bauan
* Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
* Berbuat baik dengan kaum bangsawan
* Memuliakan orang-orang berakhlak
* Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
* Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
* Ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Quran/Lughah Arab
* Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk, memfitnah, mengumpat, menganiaya, hasad dengki, tamak haloba dll.
* Tidak memukul kecuali di atas jalan Allah SWT, Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
* Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
* Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
* Berkinayah/berdiam diri dengan tampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh contohnya)
* Pembela wanita
* Suka menasihati
* Dan banyak lagi.

Maksud Sabda Rasulullah SAW :-

1. Demi Allah yang nyawaku dalam kekuatanNya! Tiada masuk syurga kecuali orang yang berakhlak mulia/baik"
2. Bahawa Allah mengelilingkan Agama Islam dengan akhlak/budi pekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik

Mafhum Firman Allah SWT :

1. Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya dijalankan keadilan dan berbuat kebaikan (Surah An-Nahl :90)
2. Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlemah-lembut dengan mereka dan sekiranya engkau berkasar dan bengis/pemarah, tentulah mereka akan melarikan diri dari kelilng mu

Maksud Sabda Rasulullah SAW:-

Aku mewasiatkan engkau supaya bertaqwa kepada Allah, bercakap benar, menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan perbuatan khianat, menjaga jiran tetangga, mengasihani anak yatim, lemah lembut perkataan, memberi salam, bagu amal perbuatan, pendek angan-angan, harus kuat keimanan, memahami Al-Quran, mencintai akhirat, merasa gusar mengenai hisab amalan dan merendahkan diri. Dan aku melarang engkau, memaki hakim atau mendustakan orang yang benar atau mentaati orang yang berdosa atau mendurhakai imam yang adil atau merosakkan muka bumi. Dan aku mewasiatkan engkau agar bertaqwa kepada Allah pada setiap batu, kayu dan tanah. Dan engkau datangkan taubat bagi setiap dosa. Taubat rahsia dengan rahsia dan yang terang dengan terang.

Ali r.a. berkata :

Alangkah hairannya orang muslim! Datang kepadanya saudaranya muslim yang memerlukan. Lalu ia melihat dirinya tidak berhak membuat kebajikan kepada saudaranya itu. Sekiranya ia tidak mengharapkan pahala dan tidak takut kepada siksaan, sesungguhnya, sepatutlah ia bersegera kepada akhlak yang mulia kerana akhlak yang mulia itu adalah di antara penunjuk kepada jalan bebas/pelepasan (dari dosa umpamanya)

Antara doa baginda yang masyhur (mengenai peradaban/akhlak mulia) :-
Ya Allah Ya Tuhanku, Perlihatkanlah kepadaku kebenaran itu kebenaran, lalu aku mengikutinya. Perlihatkanlah kepadaku kemungkaran dan anugerahilah aku menjauhkan diri daripadanya. Lindungilah aku daripada apa-apa yang meragukan lalu aku mengikuti hawa nafsuku, tanpa petunjuk dari Engkau. Jadikanlah hawa nafsuku patuh mentaatiMu. Ambillah kerelaan diri Engkau dari diriku kepada keafiatan. Dan tunjukkanlah aku kebenaran yang aku perselisihkan padanya, dengan keizinan Engkau. Sesungguhnya Engkau menunjukkan (jalan) siapa yang Engkau kehendaki atas jalan yang lurus.

Thursday, March 12, 2009

Tugu Negara Buatan Kami (Persatuan Cegah Jenayah SMK Sulaiman)



Dari kiri ke kanan : Syahmi (Rempit),Fitri (Ustaz Badut),Nazrul (Tobek),Syamim (Dada)




Dari kepala yang atas sekali hingga bawah : Syahmi (Rempit), Nazrul (Tobek), Fitri (Ustaz Badut), Syamim (Dada)

Microsoft Kepunyaan Bill Gates Nak Kena Jual Kerana ......... (Cadangan Surat Untuk Dipos Pada Bill Gates)

Dear Mr. Bill Gates,
We have bought a computer for our home and we have found some problems, which I want to bring to your notice.

1. There is a button 'start' but there is no 'stop' button. We request you to check this.

2. We find there is 'Run' in the menu. One of my friends clicked 'run' he ran up to Amritsar! So, we request you to change that to 'sit', so that we can click that by sitting.

3. One doubt is whether any 're-scooter' is available in system? I find only 're-cycle', but I own a scooter at my home.

4. There is 'Find' button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this 'find' button, but was unable to trace. Please rectify this problem.

5. My child learnt 'Microsoft word' now he wants to learn 'Microsoft sentence', so when you will provide that?

6. I brought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows 'MY Computer': when you will provide the remaining items?

7. It is surprising that windows says 'MY Pictures' but there is not even a single photo of mine. So when will you keep my photo in that.

8. There is 'MICROSOFT OFFICE' what about 'MICROSOFT HOME' since I use the PC at home only.

9. You provided 'My Recent Documents'. When you will provide 'My Past Documents'?

10. You provide 'My Network Places'. For God shake please do not provide 'My Secret Places'. I do not want to let my wife know where I go after my office hours.

Regards,

Mr. Jamal Pak Tengkuk ibni Al-Marhum Sultan Fir'aun

Last one from me to Mr Bill Gates :

Sir, how is it that your name is GATES but u are selling WINDOWS..Why not you selling Microsoft GATES

Monday, March 9, 2009

Ikhwan Rasulullah S.A.W

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah S.A.W. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah S.A.W. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, Baginda mengatakan bahawa Baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini ikhwanmu? Tidak Abu Bakar, kamu semua adalah sahabatku" kata Rasulullah S.A.W. Ikhwanku itu, menurut Rasulullah S.A.W adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka".

Sunday, March 8, 2009

SEMPENA MAULIDUR RASUL

Hadirkanlah hati-hati kalian,
wahai sekalian orang yang mempunyai akal fikiran.
Agar dapat kujelaskan kepada kalian segala sifat yang indah menawan
dan cantik memukau bagaikan pengantin, milik Kekasih Teragung ini.
Yang diistimewakan dengan gelaran termulia (Kekasih Allah).
Yang pernah naik menghadap Allah,
Maharaja Yang Maha Pemberi (di malam Isra’ dan Mi’raj).
Sehingga ia dapat menatap langsung keindahan-Nya
tanpa sebarang tirai penghalang.
Ketika tiba saat kemunculan ‘Matahari Kerasulan’ ini di ‘Langit Keagungan’;
maka keluarlah satu malaikat membawa titah perintah Allah Yang Maha Agung,
kepada Ketua Penghuni Langit, Saidina Jibril a.s.
“Wahai Jibril, serukanlah kepada seluruh makhluk.
Di bumi dan di langit, dengan ucapan-ucapan tahniah dan khabar gembira.
Kerana sesungguhnya,
Nur yang terpelihara, dan Rahsia yang tertutup sekian lama,
yang telah Aku wujudkan sebelum terwujudnya segala sesuatu,
dan sebelum Kuciptakan bumi dan langit.
Pada malam ini,
akan Ku pindahkan ke dalam perut ibunya dalam keadaan riang gembira.
Dengan sebabnya, akan Ku penuhi seluruh alam dengan cahaya.
Ia akan Ku pelihara dan Ku didik
dalam keadaan yatim (tanpa campur tangan ibu bapanya)
dan akan Ku sucikan ia dan ahli keluarganya dengan sesuci-sucinya
(sehingga mereka tidak akan melakukan perkara yang Aku tidak redhai)”
(Setelah Saidina Jibril a.s.
menyerukan titah Allah tersebut)
maka ‘Arasy bergoncang hebat kerana merasa sangat gembira.
Kursiy yang teramat hebat itu pula
menjadi semakin hebat dan agung (demi memuliakan Baginda s.a.w.).
Dan tujuh petala langit dipenuhi cahaya (bagaikan sedang berpesta).
Sedangkan suara para malaikat bergemuruh mengucapkan tahlil,
tahmid dan istighfar (lantaran terlalu gembira dengan kedatangan Baginda s.a.w. ke mayapada).
Sejak awal kehamilan) Bondanya (Sayyidatina Aminah r.
anha)
sentiasa melihat pelbagai mimpi dan tanda kemegahan
serta keutamaan bayi dalam rahimnya itu,
sehinggalah usia kandungannya cukup sempurna.
Lalu ketika dirasakan dirinya benar-benar akan melahirkan,
dengan keizinan Tuhan segala makhluk,
maka ia pun melahirkan Al-Habib s.a.w.
dalam keadaan sedang sujud,
bersyukur dan memuji Allah,
begitu comel dan indah laksana bulan mengambang penuh.
Nabi Muhammad s.a.w.
dilahirkan
dalam keadaan telah berkhatan dengan kekuasaan Allah S.W.T.
Kedua matanya yang mulia bercelak dengan ‘Celak Hidayah’
(terpelihara daripada memandang apa yang tidak diredhai oleh Allah).
Ruang angkasa menjadi terang benderang kerana Nurnya.
Dan alam semesta penuh dengan keindahan
serta bersinar cemerlang kerana Nurnya itu.
Generasi yang tidak menjumpainya, termasuk juga umatnya,
sebagaimana generasi yang telah berlalu sebelumnya.
Kehebatan pertama mukjizatnya adalah terpadamnya api sembahan orang-orang Parsi
(yang tak pernah padam selama seribu tahun).
Beranda-beranda istana Maharaja Parsi tiba-tiba runtuh berjatuhan.
Syaitan-syaitan dihujani dengan panah-panah api bintang
yang panas membakar dari langit.
Semua jin yang sombong dan zalim,
berundur dengan hina dan tunduk kerana serangan dan desakan kuasa Baginda s.a.w.

Haha,siyes kelakar !!!!!!

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia! pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Thursday, March 5, 2009

HADIS RASULULLAH S.A.W

Hadis Riwayat Imran bin Husaini r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan."

Hadis Riwayat Abdullah bin Amru r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. "Apakah sifat yang paling baik dalam Islam? Rasulullah s.a.w. bersabda : memberi makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali ataupun tidak.

Hadis Riwayat Anas r.s
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman : seseorang yang mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setalah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka."

Hadis Riwayat Tariq bin Syihab r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman."

Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Janganlah kamu membenci bapa-bapa kamu. Barangsiapa membenci ayahnya bererti dia kafir."

Hadis Riwayat Abdullah binMas'ud r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Mencaci dan memaki orang-orang Islam adalah fasik dan memerangi mereka adalah kafir."

Hadis Riwayat Abu Bakrah r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Mahukah aku menceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibubapa dan bersaksi palsu atau berkata-kata palsu.

Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk neraka atau dilaknati Allah." Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: "Mensyirikkan Allah iaitu meyekutukanNya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, tidak memikirkan untuk melakukan kejahatan serta perempuan yang beriman kepada Allah dan rasulNya dengan fitnah melakukan perbuatan zina."

Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a.
Nabi s.a.w. telah melihat seorang lelaki tidak membasuh kedua tumitnya ketika mengambil wuduk. Maka bagindapun bersabda: "Celakalah iaitu mendapat azab 'Neraka Wail' bagi tumit-tumit yang tidak basah sewaktu berwuduk dengan seksaan api neraka."

Riwayat Saidatina Aishah r.a.
Suatu pagi seorang sahabat mencuci pakaiannya. Lalu Saidatina Aishah r.a berkata: "Sepatutnya kamu membasuh sebahagiannya sahaja. Sekiranya kamu melihat kekotorannya, basuhlah tempat kotor tersebut. Sebaliknya jika tidak kelihatan, memadailah dengan kamu memercikkan air disekitarnya sahaja. Sesungguhnya aku pernah mengikis air mani yang terdapat pada pakaian Rasulullah s.a.w. Seterusnya baginda menggunakan pakaian tersebut untuk mendirikan sembahyang."

Diriwayatkan daripada aishah r.a. katanya:
seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata "Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat tetapi aku menduga seandainya dia mempu berkata-kata, tentu dia menyuruh untuk bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya! Rasulullah s.a.w. bersabda: Benar!!

Diriwayatkan daripada Abu Said r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila kamu sekalian mengiringi jenazah, maka janganlah kamu duduk sebelum jenazah itu dikebumikan. Ummu Atiyyah r.a. telah berkata: Kami kaum wanita telah dilarang mengiringi jenazah tetapi bukanlah bererti kami dilarang keras dari mengiringi jenazah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepadaku dengan 3 perkara, berpuasa 3 hari pada setiap bulan, melakukan sembahyang Dhuha 2 rakaat dan melakukan sembahyang sunat witir sebelum tidur.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a
Nabi s.a.w. bersabda: Apabila makanan telah siap dihidangkan dan sembahyang hendaklah didirikan, maka hendaklah kamu makan terlebih dahulu.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.
Nabi s.a.w. telah diperintahkan agar melakukan sujud dengan menggunakan 7 anggota badan serta dilarang melapik dahi dengan r ambutnya dan pakaiannya.

Friday, February 27, 2009

My Friends


My Friends


Lelaki

  1. Qayyum (G-Mok) [2 RK Gigih]
  2. Amirul [4 Cyber]
  3. Syamim (Dada) [2 RK Dedikasi]
  4. Aidil [2 RK Dedikasi]
  5. Hakim [2 RK Gigih]
  6. Nazrul [2 RK Dedikasi]
  7. Hasnain [2 RK Gigih]
  8. Zikri (Pak Tam) [Sekolah Sukan Temerloh]
  9. Fazrul (Kecik) [2 RK Dedikasi]
  10. Ikhwan (Mat Pet) [2 RK Dedikasi]
  11. Hakeem (Bulat) [2 RK Gigih]
  12. Hadee Dollah Canthek [2 RK Cekal]
  13. Shamim [2 RK Arif]
  14. Aiman (Kepala) [2 RK Cekal]
  15. Aidi (Ustaz) [2 RK Cekal]
  16. Anip [2 RK Cekal]
  17. Hadi (Jo-Ju) [2 RK Cekal]
  18. Ameer [2 RK Bestari]
  19. Akma Faiz [2 RK Dedikasi]
  20. Amar (Ikan) [2 RK Cekal]
  21. Al-Aiman [2 RK Cekal]
  22. Asyraf [SMK Ketari]
  23. Asraf [SMK Ketari]
  24. Anuar [SMK Ketari]
  25. Anuar [SMA Al-Khairiah]
  26. Fauzan [SMA Al-Khairiah]
  27. Shadiq [SMK Kuala Repas]
  28. Azim [SMK Ketari]
  29. Farhan [SMK Seri Bentong]

Perempuan

  1. Nur Hanna Farahin [SMK Seri Bentong]
  2. Nur Nabilah [SMK Bentong] (Form 1)
  3. Amelia Atilia Arina [2 RK Cekal]
  4. Nor Zanariah [2 RK Gigih]
  5. Syarina Hanis [2 RK Gigih]
  6. Nor Anis [2 RK Bestari]
  7. Noor Zahirah [2 RK Arif]
  8. Afina Farihin [2 RK Arif]
  9. Rizq Nadiah [2 RK Dedikasi]
  10. Farahsyairah [2 RK Dedikasi]
  11. Umi Umairah [2 RK Cekal]
  12. Nurul Farina [2 RK Dedikasi]
  13. Elisahida [2 RK Cekal]
  14. Khairunnisa Firdaus [2 RK Dedikasi]
  15. Nur Fatihah Syamimi [Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah]
  16. Nurul Affinie [SMK Kuala Repas]
  17. Rosewann Azeera [SMK Bentong]

* If you are in the list and you don't like to be my friend,then tell to me. I will erase your name.If you are not in the list and you want to be my friend,also tell me.I will list your name.If your name are in the list but your class name is wrong,tell me.I'll improve it.