Nama: Tony Stark
Kerja: Pemilik Stark Industries, mencipta senjata dan lain-lain.
Tempat kerja: Stark Industries la… Tak kan kat kedai My Mom Chicken Rice Linda Onn pulak.
Kebolehan: Baju besi yang mampu membuatkan dirinya jadi kuat, boleh terbang, ada senjata yang boleh menembak pada suit besi itu, dan lain-lain.
Kenapa tidak muncul di Malaysia?
Seperti yang kamu tahu (kalau tak tahu, kamu Berjaya menambah pengetahuan dengan hanya membaca blog sampah ini), Ironman hanyalah orang biasa. Dia menjadi superhero dengan memakai baju besi yang sangat canggih dan sophisticated itu. Tanpa baju itu, dia hanyalah sampah (haha..). Kira macam Batman lah, superhero tanpa kuasa.
Ironman sebenarnya pernah kejap muncul di Malaysia, tetapi kemudian balik ke USA kerana ketakutan.
Apa yang dia takutkan?
Ironman takut kepada si pemungut besi buruk yang makin berleluasa di Malaysia. Kerja mereka ialah mengutip besi-besi buruk dan dijual di pusat kitar semula atau pembeli besi buruk untuk menyara hidup.
Kadang-kadang, ada pengutip besi yang lebih extreme sikit. Bukut setakat besi buruk, besi tak buruk pun dia sebat dan jual. Janji dapat duit. Sampaikan penutup saliran pembentung yang ada di tengah jalan (yang bulat tu) pun mereka ambil dan jual.
Di taman aku, ada yang lebih handal. Ada 3 buah rumah yang hilang pintu pagar besinya. Di percayai pagar mereka di potong, di curi dan mungkin sudah selamat di jual di pusat pembelian besi buruk (tak tipu ni).
Bayangkan, pintu pagar pun diorang rembat. Kerana Ironman takut melihat ketaksuban rakyat Malaysia pada besi, Ironman tidak berani stay dekat sini kerana dikhuatiri baju besinya itu juga akan terjual sebagai besi buruk.
Nama: Matt Murdock
Kerja: Peguam
Daredevil ialah superhero yang buta. Ya!! Tak Nampak apa-apa. Dia buta. Sebagai superhero buta, dia menjadi salah satu superhero yang paling istimewa. Ialah, kalau ada orang kurang sempurna di kalangan kita, kita panggil insane istimewa. Jadi di kalangan superjero, Daredevil ni di kira sebagai superhero istimewalah.
Kenapa tidak muncul di Malaysia?
Daredevil takut untuk bertapak di Malaysia kerana dia sering ternampak orang buta di Malaysia bermain muzik di jalanan seperti di Central Market, Puduraya, Jalan Masjid India atau di pasar-pasar malam sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Oleh kerana kerajaan Malaysia dan syarikat-syarikat di Malaysia tidak prihatin kepada golongan OKU ini, (walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelulusan diploma dan universiti), tapi mereka tidak diberikan peluang berkerja dan akhirnya terpaksa mencari rezeki dengan bermain muzik di jalanan (pernah terpapar di Edisi Siasat).
Kerana melihat nasib golongan OKU tidak terbela di Malaysia, jadi Daredevil amat takut kalau-kalau nasib dia akan menjadi sedemikian rupa, bermain muzik dijalanan. Adalah mustahil Daredevil mampu menjadi peguam jika pihak kerajaan tidak mengendahkan nasib golongan OKU ini (jadi serius la pulak).
Nama: Bobby Drake
Kerja: Pelajar di Xavier Institution.
Kuasa: Mampu memanupulasikan ais, menjadikan air kepada ais tapi tidak mampu membuat ais kacang atau ABC sesedap Mak Cik Wok di Sg. Marong,Bentong.
Kenapa tidak muncul di Malaysia?
Mudah sahaja. Patut kamu juga sudah tahu sebabnya. Cuaca Malaysia amat panas sekarang kerana kesan daripada Pemanasan Global.
Aku duduk Bentong ni, rasa panas gila. Bila pergi ke Tanjung Malim, lagi panas. Pergi Bukit Kayu Hitam,Perlis bertambah panas. Balik umah pak ngah aku kat Taiping,Perak rasa macam kena panggang dalam oven. Oh, rupanya makin ke utara makin panas ke?
So, kamu tahukan apa sebabnya? Kerana terlampau panas, agak sukar Iceman nak bertahan di bumi Malaysia. Para penjahat pun tahu macam mana mahu menewaskan dia, lawan dia pada waktu tengahari. Sure cair punya. Iceman pasti tidak mahu menjadi sebahagian dari lopak air atau lecak di tengah jalan.
Ok, tunggu bahagian 3 pulak.INSYA'ALLAH.Superheronya ialah CAPTAIN AMERICA,THE FLASH,GHOST RIDER.
0 comments:
Post a Comment