BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

MY FAVORITE SONG


Lyrics | Mizz Nina lyrics - What You Waiting For? lyrics
What You Waiting For- Mizz Nina ...

Thursday, March 5, 2009

HADIS RASULULLAH S.A.W

Hadis Riwayat Imran bin Husaini r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan."

Hadis Riwayat Abdullah bin Amru r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. "Apakah sifat yang paling baik dalam Islam? Rasulullah s.a.w. bersabda : memberi makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali ataupun tidak.

Hadis Riwayat Anas r.s
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman : seseorang yang mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setalah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka."

Hadis Riwayat Tariq bin Syihab r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman."

Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Janganlah kamu membenci bapa-bapa kamu. Barangsiapa membenci ayahnya bererti dia kafir."

Hadis Riwayat Abdullah binMas'ud r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Mencaci dan memaki orang-orang Islam adalah fasik dan memerangi mereka adalah kafir."

Hadis Riwayat Abu Bakrah r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Mahukah aku menceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibubapa dan bersaksi palsu atau berkata-kata palsu.

Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk neraka atau dilaknati Allah." Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: "Mensyirikkan Allah iaitu meyekutukanNya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, tidak memikirkan untuk melakukan kejahatan serta perempuan yang beriman kepada Allah dan rasulNya dengan fitnah melakukan perbuatan zina."

Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a.
Nabi s.a.w. telah melihat seorang lelaki tidak membasuh kedua tumitnya ketika mengambil wuduk. Maka bagindapun bersabda: "Celakalah iaitu mendapat azab 'Neraka Wail' bagi tumit-tumit yang tidak basah sewaktu berwuduk dengan seksaan api neraka."

Riwayat Saidatina Aishah r.a.
Suatu pagi seorang sahabat mencuci pakaiannya. Lalu Saidatina Aishah r.a berkata: "Sepatutnya kamu membasuh sebahagiannya sahaja. Sekiranya kamu melihat kekotorannya, basuhlah tempat kotor tersebut. Sebaliknya jika tidak kelihatan, memadailah dengan kamu memercikkan air disekitarnya sahaja. Sesungguhnya aku pernah mengikis air mani yang terdapat pada pakaian Rasulullah s.a.w. Seterusnya baginda menggunakan pakaian tersebut untuk mendirikan sembahyang."

Diriwayatkan daripada aishah r.a. katanya:
seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata "Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat tetapi aku menduga seandainya dia mempu berkata-kata, tentu dia menyuruh untuk bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya! Rasulullah s.a.w. bersabda: Benar!!

Diriwayatkan daripada Abu Said r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila kamu sekalian mengiringi jenazah, maka janganlah kamu duduk sebelum jenazah itu dikebumikan. Ummu Atiyyah r.a. telah berkata: Kami kaum wanita telah dilarang mengiringi jenazah tetapi bukanlah bererti kami dilarang keras dari mengiringi jenazah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepadaku dengan 3 perkara, berpuasa 3 hari pada setiap bulan, melakukan sembahyang Dhuha 2 rakaat dan melakukan sembahyang sunat witir sebelum tidur.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a
Nabi s.a.w. bersabda: Apabila makanan telah siap dihidangkan dan sembahyang hendaklah didirikan, maka hendaklah kamu makan terlebih dahulu.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.
Nabi s.a.w. telah diperintahkan agar melakukan sujud dengan menggunakan 7 anggota badan serta dilarang melapik dahi dengan r ambutnya dan pakaiannya.

0 comments: