BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

MY FAVORITE SONG


Lyrics | Mizz Nina lyrics - What You Waiting For? lyrics
What You Waiting For- Mizz Nina ...

Saturday, August 29, 2009

KENAPA SUPERHERO LUAR NEGARA TIDAK MUNCUL DI MALAYSIA PART 3

Ok. Mari kita terus menyusuri bahagian ke-3 untuk entri separa bosan ini.

GHOST RIDER


Nama: Ada 3 watak yang pernah memegang watak Ghost Rider ni. Carter Slade, Johnny Blaze (bersara dari jadi Ghost Rider. Superhero pun boleh bersara?) dan Danny Ketch.

Kebolehan: Kekuatan superhuman, boleh mengawal api samada api biasa atau api dari neraka (ye la tu), boleh travel dari satu alam ke alam yang lain, rantai berapi dan lain-lain.

Kamu semua patut tahu yang Ghost Rider amat sinonim dengan motor berapinya itu. Jika Ghost Rider beraksi, mesti naik motor. Tanpa motor, Ghost Rider umpama Skuad Malaysia yang longlai di belasah oleh UAE 5-0 tanpa kapten nya, Shukor Adan (kalau dia ada, mampukah Malaysia menang? ...... NOT!!!!).Tpi naseb bek kalah ngan Man Utd 3-2 je.Tpi perlawanan ke-2,2-0 da kene belasah.Kite berbalik kpd cerita Ghost Rider.

Ghost Rider memang berkuasa di jalan raya di Amerika, tapi di Malaysia Ghost Rider terpaksa berdepan cabaran dari para Mat Rempit yang begitu ramai.

Sehebat-hebat Ghost Rider, Ghost Rider tetap tewas di tangan Mat Rempit kerana Ghost Rider tidak mampu membuat aksi-aksi berbahaya seperti Mat Rempit.

Antara aksi tersbut ialah aksi "Superman", aksi pacak, aksi wikang dan lain-lain lagi.

Selain itu, Ghost Rider juga jealous kerana tiada bohsia yang mahu naik motornya. Maklumlah, motor asyik berapi je, terbakar bontot bohsia yang naik motor dia.Kalaw ade pown pompuan yg ade taik lalat kt poster di atas ni.Tu pown dgr cite pompuan tersebut tlh meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melihat si Ghost Rider tidak memakai apa2 walaupun seurat benang ketika apinya tiba2 terpadam.

Dan yang penting sekali, Ghost Rider juga tidak mampu membuat video lucah yang dirakam menggunakan Telefon Bimbit yang berformat 3gp itu. Pegang je enset,ancor berkecai enset tersebot. Oleh kerana jealous Ghost Rider tak mahu ke Malaysia lagi.

THE FLASH

Nama: Ada beberapa orang pernah memegang watak sebagai The Flash: Jay Garrick (bersara. Superhero pun boleh bersara?), Barry Allen (mati pada tahun 1985 tapi hidup balik pada 2008), Wally West (pergi ke demensi yang lain tapi kembali semula ke dunia 2008), Bart Allen (mati jugak. Tapi hidup kembali sebagai Kid Flash).

Fakta Menarik: Kesemua Pemegang watak The Flash muncul dalam satu komik iaitu The Flash: Rebrith.

Kebolehan: Boleh bergerak dengan pantas (mungkin sama laju dengan kelajuan cahaya). Nama gelaran pun fastest man alive.

Kalau di Amerika, The Flash memang lelaki terpantas di sana. Tiada siapa berani mencabarnya. The Flash mampu mencilok ke sana-sini dengan kelajuan yang pantas. Tiada orang lain di Amerika yang mampu melawan kepantasan dan kebolehan mencilok itu.

Tapi tidak di Malaysia. The Flash perlu bersaing dengan Mat Despatch untuk gelaran terpantas dan hebat mencilok itu. Jika boss Mat Despatch berkata, "Kau kena hantar surat ni pada Syarikat XXX dalam masa 10 minit.." maka dengan sepantas kilat Mat Despatch menhantar surat tersebut.

Bukan setakat Mat Despatch sahaja, The Flash juga terpaksa bersaing dengan Mat Courier dan Mat Pizza. Banyak sangat pencabar, The Flash pun malas mahu ke sini.

CAPTAIN AMERICA

Captain America (Farriba) Pictures, Images and Photos

Nama: Steve Rogers. (ada orang lain pernah pegang watak ni tapi aku lupa dah).

Kebolehan: Kekuatan badan yang luar biasa, stamina yang tak pernah letih, mahir dalam semua seni bela diri, pakar taktikal dalam peperangan dan macam-macam lagi.

Kenapa Captain America tak muncul di Malaysia?

Mudah. Bukankah kita sedang menjalankan kempen memboikot produk dari Amerika? (walaupun kempen ini akhirnya menjadi satu lagi kempen hangat-hangat tahi ayam).

Jadi melihat kedatangannya tidak mendapat sambutan dari rakyat Malysia, baik dia chow je...

Fakta menarik: Kamu mesti tak tahu yang Captain America ni juga tidak berani muncul di UK.Ini kerana di UK sudah ade Captain Britain.Jadi takot dicop tamak,dier pown blah dri UK.

Ha... Satu lgi,Captain America pown takot dicop tamak kerana di Malaysia da ada Kapten Boleh.

Siap boleh bawak kereta lagi. Kelas gitu...

Bersambung....... INSYA'ALLAH.

0 comments: