BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

MY FAVORITE SONG


Lyrics | Mizz Nina lyrics - What You Waiting For? lyrics
What You Waiting For- Mizz Nina ...

Saturday, August 29, 2009

KENAPA SUPERHERO LUAR NEGARA TIDAK MUNCUL DI MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.SORI R DA LME X UPGRADE BLOG NI.SKUNK NAK UPGRADE LA NI.PADA BULAN PUASA NI,AKU NK MEMBERITAHU KORUNK MENGAPA SUPERHERO LUAR NEGARA SKANG TAKOT NK MASOK MALAYSIA.PERHATIAN !!!!!!! INI FAKTA YG TEPAT.


SUPERMAN






Nama sebenar: Clark Kent (bumi), Kal-El (Planet Kripton)


Asal: Smallville dan Planet Kripton.


Pasangan: Lana Lang dan lepas tu Louise Lane.


Kerja: Wartawan. Bukan Wartawan hiburan jadi dia tidak kenal Zubir, Huzza tau Mama Juwie.


Tempat Kerja: Daily Planet


Kuasa: Boleh Terbang, Kuat mengalahkan Badang, Kebal dan tidak lut pada sebarang senjata atau api, ada x-ray vision, boleh dengar panggilan orang dari jauh… Banyak kuasa mamat ni. Tapi sayang… Rabun la pulak.


Kelemahan: Lemah pada batu Kriptonyte.


Kenapa tidak muncul di Malaysia?


Antara sebab pertama ialah beliau sebenarnya ada meminta kerja di syarikat akhbar tempatan seperti NSTP dan Kumpulan Utusan tetapi menolak kerana di letakan di bahagian hiburan.


Sebab kedua ialah pakaian beliau. Seperti yang kita maklum, Superman memakai seluar dalam di luar. Memandangkan perbuatan tersebut tidak manis pada kita yang beradat ketimuran, superman tidak mahu dipulaukan atau dikutuk kerana penampilannya. Juga takut disumbat kedalam Hospital tampoi atau Tanjung rambutan kerana di Malaysia, hanya orang gila pakai seluar dalam di luar.


Ketiga, kadang-kadang Superman ni suka salin baju dalam pondok telefon. Tapi, kat Malaysia ni mana ada pondok telefon. Public Phone pun habis di jahanamkan akibat vandalism.


Keempat, kerana ternampak tugu ini di Dataran Penggaram Batu Pahat dan beranggapan itu ialah Batu Kryptonyte.Dipercayai Superman amat takut dengan ukiran batu ini kerana menyangka ia Kryptonyte.





BATMAN




Nama: Bruce Wayne

Asal: Gotham City

Pasangan: Tak pasti. Tapi rasanya dia kahwin dengan Catwoman dan dapat anak yang bernama Batwoman.

Kerja: Pemilik Syarikat Wayne Enterprise. Antara Superhero yang kaya ni.

Tempat Kerja: Wayne Ent.

Kuasa: Tak de. Berharap pada gadget-gadget yang canggih tapi effektif. Batmobille adalah kegemarannya.

Partner: Robin. Pernah timbul kontroversi di USA yang kononnya Batman dan Robin ialah gay (tak tipu ni).

Kenapa tidak muncul di Malaysia?

Seperti yang kamu tahu atau perasan (atau mungkin tak perasan. Tak pe, aku beritahu ni), yang Batman hanya keluar pada waktu malam. Di Gotham City, Batman Berjaya menguasai bnadar tersebut pada waktu malam dan boleh sesuka hati beliau nak bawa kereta laju-laju di sana.Tapi tidak di Malaysia. Di Malaysia, jalan raya kita di kuasai oleh mat rempit bodoh, bohsia murahan, mat drift dan brader drag. Mereka dah chop kawasan mereka sendiri dan Batman dah tak de port lagi nak membawa kereta beliau laju-laju. Tu tak masuk mak nyah longkang dan pelacur jalanan pulak tu. Dan juga gay boy di Blue Boy.

SPIDERMAN




Nama: Peter Parker

Asal: New York

Pasangan: Gwen Stacy (awek first sebelum Marie Jane. Tidak wujud dalam filem, hanya ada dalam komik. Dah mati di bunuh Green Goblin), Marie Jane Watson (MJ), Felicia Hardy atau Black Cat (awek Spiderman. Reject Spiderman sebab hanya suka pada Spiderman apabila dia pakai kostum sahaja. Tapi akhirnya jatuh cinta tapi melepas pada MJ).

Kerja: wartawan… ke jurukamera?

Tempat Kerja: Daily Bugle

Kuasa: Boleh melekat di dinding, boleh keluar sarang labah-labah pada tangan, kekuatan badan yang kuat, boleh sembuh dari sebarang virus, ada spider sense yang boleh tahu ada bahaya akan muncul



Kenapa tidak muncul di Malaysia?



Mudah sahaja. Kalau dekat New York tu, boleh dikatakan semua bangunan yang ada disana semuanya tinggi-tinggi belaka. Jadi tiada masalah untuk beliau bergayut.Kalau dekat Malaysia, banyak ke bangunan yang tinggi-tinggi? Kalau dekat KL pun, bangunan yang tinggi-tinggi semuanya berjauhan jaraknya. Susah sikit nak bergayut. Kalau Spiderman duduk Bentong lagi susah kerana cuma ada satu sahaja bangunan yang tinggi di sini.Hotel Kristal.Tu pown da kire rendah sgt.Kalaw nak gayut gak,g Genting Highland,Bentong.

Okey r,da penat.Aku akan sambong lgi.Superhero akan dtg ialah IRONMAN,DAREDEVIL dan ICEMAN. Salam sejahtera.

0 comments: